Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (Ainua) 2014

Di antara aktiviti terbesar YUA pada masa ini ialah bekerjasama dengan Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) dalam menganjurkan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (Ainua) 2014.

Tujuan utama program penganjuran AINUA ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada mereka yang berusaha dan berjasa dalam mempereratkan persahabatan kaum demi perpaduan dan integrasi nasional.

Anugerah ini adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia samada individu atau persatuan / Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) atau organisasi lain yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Anugerah ini menawarkan hadiah di dalam dua kategori, iaitu  Anugerah Salam Benua bernilai RM 100,000.00 untuk satu pemenang dan Anugerah Merpati Putih*   bernilai RM 10,000.00 setiap satu untuk lima pemenang.

Maklumat lanjut mengenai anugerah ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang www.ainua.my atau menghubungi sekretariat AINUA di di alamat berikut:

Anugerah Integrasi Nasional Usaman Awang (AINUA) 2014

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong)

No. 1, Jalan Maharajalela, 50150, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22734008
Faks: 03-22734015

Laman Web: www.ainua.my 

Atau selanjutnya:
sekretariatyayasanua@gmail.com
03-21413476

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.

TOP