Pengenalan

Nama Usman Awang bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan.

Di dalam dunia sastera tanahair Dato’ (Dr.) Usman Awang adalah nama tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman.

Karya seni beliau begitu indah, cukup bersemangat dan benar-benar bermakna sehingga diterima oleh pelbagai kaum di seluruh tanahair. Hasil kerja beliau berkisar tentang realiti kehidupan, prihatin terhadap golongan tertindas serta menentang kuat kolonialisme selain bersifat universal dan patriotik.

Sesungguhnya Sasterawan Negara Usman Awang adalah ikon patriotik yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan.

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.

TOP