Penubuhan Yayasan Usman Awang

Yayasan Usman Awang (YUA) telah ditubuhkan pada 15 Mei 2014 di atas inisiatif sahabat-sahabat Allahyarham Sasterawan Negara Dato’ (Dr) Usman Awang termasuk nama-nama besar di dalam dunia persuratan dan sastera Melayu serta lain-lain individu yang mengenali Allahyarham samada yang berbangsa Melayu atau bukan Melayu.

Tujuan penubuhan YUA adalah bagi memelihara segala kebajikan khazanah Usman serta untuk  dijadikan pusat penyelidikan bagi memudahkan pengkaji sastera dalam dan luar negara mencari karya Usman Awang.

Usaha ini akan dilakukan secepat mungkin bagi mengumpul dan memulihara khazanah karya Sasterawan Negara Ketiga ini, samada karya beliau yang terdapat didalam negara mahupun yang berada dalam simpanan diluar Negara seperti di Perpustakaan Nasional Singapura.

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.

TOP