Resolusi  YUA

Mendapatkan kembali hak cipta semua karya Usman dan mengumpulkan  dana yang diperlukan untuk memeliharanya sebagai Warisan Nasional.

Mencetak semula karya-karya Usman yang sudah dan belum dicetak untuk kegunaan umum, pendidikan,  penyelidikkan, berbagai  perpustakaan, pusat akademi pengajian tinggi, kedutaan dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan lain-lain pusat didalam dan luar negara.

Membuat penyelidikan : mencari, mengumpul dan menyenaraikan semua karya-karya Usman yang masih belum di jumpai.

Mengumpul dana untuk membantu penulis-penulis yang memerlukan.

Menganjurkan  berbagai aktiviti sastera termasuk Sayembara Penulisan Sastera dengan kerjasama badan-badan lain.

Menganjurkan  berbagai projek usahasama sastera seperti Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang bersama-sama dengan badan-badan lain seperti Huazong.

Menganjurkan pertemuan penulis-penulis pelbagai  bangsa untuk  memikirkan keperluan dan kemungkinan menubuhkan sebuah persatuan Penulis Pelbagai Kaum dan melaksanakannya jika sesuai.

YUA menggesa kerajaan supaya mengiktiraf penyumbang-penyumbang cemerlang dalam bidang sastera, seni, ilmu dan sebagainya yang difikirkan sesuai, sebagai Khazanah Negara, bermula dengan Usman Awang.

Selain itu YUA mengatur secara tersusun aktiviti dan/atau program lain yang  difikirkan perlu dan sesuai dari masa kesemasa dengan tujuan memajukan lagi yayasan ini.

Sebagai sanjungan terhadap jasa besar SN Usman Awang khususnya dan sokongan terhadap visi penubuhan Yayasan Usman Awang pihak Yayasan Hai-O menyumbangkan RM 1 juta kepada Yayasan Usman Awang.

Dengan sumbangan ini pihak Yayasan Hai-O berharap legasi Usman Awang dapat memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat diteruskan dan dimartabatkan melalui Yayasan Usman Awang.
Begitu juga dengan isu-isu yang sentiasa berada dekat di hati beliau seperti pembelaan terhadap golongan yang tertindas dan terpinggir,  menegakkan kebenaran dan keadilan juga membina masyarakat yang sejahtera dan harmoni akan dapat terus dikembangkan dan disuburkan.

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.

TOP