Acara Malam Mengenang Kasih Sasterawan Negara Usman Awang

Dengan sukacitanya kami dari Yayasan Usman Awang memaklumkan  penganjuran sebuah acara yang julung-julung kali diadakan sempena memperingati hari kelahiran Usman Awang yang jatuh pada bulan Julai iaitu 12 Julai 1929. Dengan ini kami berbesar hati menjemput saudara / saudari untuk memeriahkan acara ini. 

Acara tersebut akan diadakan seperti ketentuan yang berikut:-
 
Nama Acara: Malam Mengenang Kasih Sasterawan Negara Usman Awang

Tarikh: 16 Julai 2018 (Isnin)

 
Masa: 7.50 malam
 
Tempat: Dewan Bankuet, Kelab Diraja Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Pengesahan kehadiran hendaklah dihantar selewat-lewatnya 30 Jun 2018 (Sabtu) melalui:-

1. Emel Yayasan Usman Awang
 (sekretariat@yua.org.my)

2. Panggilan telefon (Pejabat YUA – 03-2141 3476. Ain / Shimah) 

Penjualan Setem Ku A. Samad Said Untuk penambahan dana Yayasan Usman Awang

YUA membuka jualan Setem Ku A. Samad Said . Hasil jualannya akan dimasukkan ke dalam dana yayasan. Orang awam atau badan korporat yang berminat untuk mendapatkan Setem Ku berwajah Dato’ Seri SN A. Samad Said boleh terus menghubungi sekretariat YUA di talian 03-21413476 (Shimah / Ain) atau menghantar emel kepada sekretariat@yua.org.my.

Harga satu helaian RM31 termasuk kos penghantaran. Keistimewaan setem ini boleh digunakan untuk penghantaran ke seluruh dunia kecuali Israel.

Acara Genta Rasa 2 di Rumah PENA

Sempena memperingati hari kelahiran Usman Awang yang jatuh pada bulan Julai iaitu 12 Julai 1929. Pelbagai acara telah dirancang oleh Yayasan Usman Awang untuk meraikan hari kelahiran Usman Awang ini. Salah satu acara adalah dengan kerjasama PENA, ITBM dan DBP yang akan diadakan di Rumah PENA pada hari Jumaat (6 Julai 2018) bermula pada jam 8.00 malam.  Selain daripada baca puisi akan diadakan juga pelancaran Dewan Usman Awang yang akan dirasmikan oleh Tan Sri Kamarul Ariffin. Orang ramai dijemput hadir bagi meraikan dan memeriahkan acara ini.