Author Archives: admin

Penyertaan bagi acara Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2019

Adakah anda atau organisasi anda memartabatkan sastera, seni dan budaya serta memperjuangkan perpaduan dan keseramataan kaum?

Kami mencari calon-calon yang berkelayakan untuk dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah yang cukup berprestij dan julung-julung kali diadakan ini.

Terbuka kepada semua golongan sama ada individu atau organisasi. Di mana pemenang dinilai berdasarkan pemikiran dan perjuangan Usman Awang.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2018 pada pukul 6.00 petang.

sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat YUA di talian 03-21413476 (Shimah / Ain) atau menghantar emel kepada YUA – sekretariat@yua.org.my

SYARAT PENCALONAN

Syarat-syarat pencalonan untuk Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang ini terbuka kepada individu ataupun pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan sebagaimana yang berikut:

INDIVIDU

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Individu atau orang perseorangan hendaklah secara mapan/konsisten melaksanakan kerja-kerja dan menggerakkan aktiviti-aktiviti ke arah memupuk integrasi nasional dan perpaduan bangsa yang melibatkan dua (2) atau lebih bangsa/kaum/etnik bersesuaian dengan semangat atau nilai yang terdapat dalam karya-karya Usman Awang.
  • Calon hendaklah cemerlang dalam usaha-usaha/aktiviti-aktiviti yang dilaksanakannya secara berfokus ke atas masyarakat serta meninggalkan impak yang nyata besar dan berkesan.

PERTUBUHAN / ORGANISASI / NGO

  • Pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan hendaklah berdaftar dengan ROS/ROC/SSM atau dengan mana-mana pertubuhan di Malaysia secara sah pada tarikh pencalonan.
  • Pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan hendaklah secara mapan/konsisten melaksanakan kerja-kerja dan menggerakkan aktiviti-aktiviti ke arah memupuk integrasi nasional dan perpaduan bangsa yang melibatkan dua (2) atau lebih bangsa/kaum/etnik bersesuaian dengan semangat atau nilai yang terdapat dalam karya-karya Usman Awang.
  • Pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan hendaklah cemerlang dalam usaha-usaha/aktiviti-aktiviti yang dilaksanakannya secara berfokus dan meninggalkan impak yang nyata besar serta berkesan.

PROSEDUR PENCALONAN

Pencalonan untuk Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2019 hendaklah dilakukan oleh seorang individu (dengan seorang penyokong) atau sebuah pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan (dengan seorang atau sebuah pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan sebagai penyokong).

Pencalonan hanya boleh dibuat dalam borang rasmi yang disediakan oleh pihak penganjur (salinan diterima) yang boleh diperolehi melalui sekretariat penganjuran, iaitu di Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) dengan mengemukakan dokumen salinan yang disahkan, iaitu:

  • Salinan kad pengenalan individu atau sijil pendaftaran organisasi.
  • 2 keping gambar berukuran pasport individu.
  • Biodata individu atau profil organisasi yang dicalonkan (tidak lebih 1,000 perkataan).
  • Senarai sumbangan atau aktiviti yang dilaksanakan ke arah memupuk Perpaduan Nasional (minimum lima aktiviti/sumbangan).
  • Salinan sijil, anugerah, penghargaan atau pengiktirafan yang pernah diterima hasil dari sumbangan atau aktiviti Perpaduan Nasional yang dilaksanakan.
  • Lampirkan 5 keping foto untuk setiap sumbangan atau aktiviti yang dijalankan.
  • Borang boleh diperolehi daripada sekretariat AINUA di Pejabat Yayasan Usman Awang dan Pejabat Huazong atau melalui laman web sekretariat.
  • Tarikh akhir penyerahan borang pencalonan pada 31hb Disember 2018 pada jam 6.00 petang.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar dengan pos berdaftar atau melalui serahan tangan ke alamat yang berikut:

Yayasan Usman Awang (YUA)

6th Floor, Menara Hai-O,

Jalan Bukit Bintang,

55100 Kuala Lumpur.

 

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong)

Wisma Huazong, 9th Floor Lot 15285,

0.7KM Lebuhraya Sungai Besi,

43300 Seri Kembangan, Selangor.