Keratan akhbar dan media massa Yayasan Usman Awang

Sidang Media Malam Amal Yayasan Usman Awang & Penyerahan Sumbangan Buku kepada 200 buah sekolah

Suatu sidang media telah diadakan pada 31 Oktober 2017 (Selasa) pada jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Hai-O untuk mengumumkan tarikh, masa dan tempat Malam Amal Yayasan Usman Awang dilangsungkan, berkongsi rasional dan tujuan penganjurannya, berkongsi maklumat dan rasional sumbangan buku kepada 200 sekolah terpilih sebagai satu antara usaha Yayasan Usman Awang untuk menyebarluaskan karya pemikiran Sasterawan Negara, memperkenalkan kurator dan pendaklamasi untuk persembahan khas Malam Meraikan A. Samad Said Sempena Malam Amal Yayasan Usman Awang dan berkongsi matlamat serta harapan penganjur bagi majlis ini.

Sidang media ini telah dihadiri oleh Dr. Syed Husin Ali, Pengerusi Yayasan Usman Awang; Datin Sunita Mei-Lin Rajakumar, Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang; Saudara Tan kai Hee, Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang; Saudara Khair bin Ngadiron, CEO Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) merangkap Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang   dan Saudara U-Wei bin Hajisaari, Kurator Persembahan Malam Meraikan A. Samad Said.

Satu previu persembahan khas sebagai penghargaan kepada Sasterawan Negara Dato’ Seri A. Samad Said yang disusun oleh pengarah filem terkenal, U-Wei bin Hajisaari sebagai kurator untuk majlis tersebut. Persembahan deklamasi puisi oleh Intan Norsaina dan  Sani Sudin dengan petikan gitarnya.

SEKITAR ACARA SIDANG MEDIA

 

KERATAN AKHBAR DARI SIN CHEW DAILY

More from Media