Gambar-gambar Aktiviti 2014

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2014

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) adalah satu anugerah berprestij anjuran bersama Yayasan Usman Awang (YUA) Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) demi menghargai jasa rakyat Malaysia atau pertubuhan-pertubuhan yang menonjolkan semangat kekitaan dan integrasi nasional.

Majlis AINUA 2014 telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 14 Disember 2014 dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang di Mahattan Ballroom, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Senarai Pemenang AINUA 2014 adalah

Pemenang Anugerah Salam Benua 
(Hadiah Wang Tunai RM30,000 berserta trofi dan sijil penghargaan)

En. Anas Zubedy
Majlis Kebangsaan Sedia Bersahabat Malaysia (National Council of Befrienders Malaysia)
Dato’ Dr. Lam Peng Chong @ Lam Phar

Pemenang Anugerah Merpati Putih
(Hadiah Wang Tunai RM10,000 dan sijil penghargaan)

En. Subramaniam Karupayah
Puan Lumat binti Dadi
En. Lim Thein Phin
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Yahaya bin Ibrahim
Pergerakan Pemuda Malaysia

Pemenang Anugerah Khas
(Hadiah Wang Tunai RM5,000 dan sijil penghargaan)

En. Jamaluddin bin Mat Ali
En. Gan Leong Piow

« 1 of 3 »

More from Gambar-gambar Aktiviti 2014