Gambar-gambar Aktiviti 2015

 ACARA MENGINGATI TONGKAT

Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat  Mengingati Tongkat
Mengingati Tongkat
Media - The Star

Pada 30 November, 2015 yang lalu, satu acara telah diadakan di Yayasan Usman Awang. Majlis diadakan sebagai tanda hormat dan aprisiasi terhadap Allahyarham Usman Awang, karya-karya peninggalannya dan jasa-jasanya terhadap pengembangan seni sastera tanah air. Beliau meninggal dunia pada 29 November, 2001, iaitu, 14 tahun yang lalu. Namun karya-karyanya masih releven dan sangat diperlukan untuk membina jati diri modal insan sebuah bangsa bertamadun mulia. Acara sederhana tetapi penuh semangat ini telah dianjur bersama Hai-O Enterprise Berhad dan UA Enterprises Sdn. Bhd. Antara mereka yang turut hadir untuk memberi penghormatan kepada beliau ialah : YM Raja Ahmad Aminullah, pelakun terkenal, Puan Fauziah Nawi dan Sanggar Teaternya, Puan Norazimah Abu Bakar dan Grup Deklamator GAPENA, penerbit filem, Encik Yassin Salleh, dan Kerabat Ziarah Karyawan serta Encik Rozan Azen dan kawan-kawan dari PAKSI. Tidak lupa juga rakan-rakan media seperti Encik Azam Shairi dari Astro, Puan Latifah Ariffin dari Berita Harian, The Star akhbar dan online, Sinar Harian dari Karangkraf, Malaysia Dateline dan lain-lain. Turut menyerikan majlis ialah Pengerusi Yayasan Usman Awang, Dr. Syed Husin Ali dan panel Ahli Lembaga dan Penasihat seperti Encik Tan Kai Hee, Datin Sunita Rajakumar dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Datin Rashidah.

Acara dimulakan dengan pembuka kata oleh Dr. Syed Husin Ali dan diikuti dengan doa selamat untuk kesejahteraan Allahyarham Usman Awang. Satu video dokumentari tentang Usman Awang telah ditayangkan kepada para hadirin sebelum sesi ‘Cerita Tentang Tongkat’ diluahkan oleh beberapa teman-teman rapatnya seperti SN A. Samad Said, Dr. Syed Husin, Encik Tan Kai Hee, Saudara Yassin Salleh dan Seniwati Fauziah Nawi. Bagi memeriahkan suasana majlis, satu filem pendek karya Usman Awang bertajuk ‘Peristiwa Bunga Telur’arahan seorang penerbit filem muda bernama Aliff Ihsan Rahman, juga ditayangkan. Ketika hadirin menikmati minum petang yang enak, Dr. Wan Zawawi Ibrahim, Puan Noorshah dan Hameerudin Zawawi telah mendendangkan lagu-lagu puisi Usman Awang dan juga karya beliau dedikasi kepada Usman Awang. Saudara Umar Uzair telah mendendangkan lagu masyhur arwah bertajuk Kekasih dan Grup Pendeklamatur GAPENA telah mendeklamasikan puisi-puisi Usman Awang. Akhir sekali Puan Fauziah Nawi telah menyanyikan lagu puisi Usman Awang bertajuk Pahlawan dan Tanah Air. Acara di akhiri dengan semangat setiakawan yang memang terkesan dan amat disenangi Allahyarham Usman Awang. Semoga semangat beliau ini dapat diteruskan dan khazanah yang beliau tinggalkan dimanfaatkan zaman berzaman.

More from Gambar-gambar Aktiviti 2015