Aktiviti-aktiviti Yayasan Usman Awang

Penjualan Setem Ku A. Samad Said Untuk penambahan dana Yayasan Usman Awang

YUA membuka jualan Setem Ku A. Samad Said . Hasil jualannya akan dimasukkan ke dalam dana yayasan. Orang awam atau badan korporat yang berminat untuk mendapatkan Setem Ku berwajah Dato’ Seri SN A. Samad Said boleh terus menghubungi sekretariat YUA di talian 03-21413476 (Shimah / Ain) atau menghantar emel kepada sekretariat@yua.org.my.

Harga satu helaian RM31 termasuk kos penghantaran. Keistimewaan setem ini boleh digunakan untuk penghantaran ke seluruh dunia kecuali Israel.

More from Aktiviti

Sidang Media Malam Amal Yayasan Usman Awang & Penyerahan Sumbangan Buku kepada 200 buah sekolah

Suatu sidang media telah diadakan pada 31 Oktober 2017 (Selasa) pada jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Hai-O untuk mengumumkan tarikh, masa dan tempat Malam Amal Yayasan Usman Awang dilangsungkan, berkongsi rasional dan tujuan penganjurannya, berkongsi maklumat dan rasional … read more