Sidang Media Uda dan Dara

The Actors Studio (TAS) mempersembahkan teater muzikal Uda dan Dara, sebuah naskah cinta tragis dua hati. Dara, yang dilahirkan dalam keluarga berada dan Uda seorang anak muda dari desa merupakan sepasang kekasih yang saling mencintai merentasi perbezaan darjat, kuasa dan dalam adaptasi ini – budaya dan bangsa.

TAS telah menaja kos persembahan Malam Gala Yayasan Usman Awang (YUA) sempena persembahan perdana Uda dan Dara demi mengumpul dana untuk menubuhkan Pusat Sumber Usman Awang. Semasa sidang media pada 17 Mac yang lalu, TAS telah mempersembahkan pratonton khas yang cukup menarik dan mencuit hati.

Harga tiket RM1,000, RM500, RM250 dan RM100 boleh didapati dari

Yayasan Usman Awang
Lot 6.03 Tingkat 6, Bangunan Sun Complex
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel/Faks: 03 – 2141 3476
E-mel: sekretariat@yua.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *