Kunjungan dari Zubedy untuk #SaySomethingNice

(Dari kiri) Hazimah Hanafi, Aby Mahmood, Chew Hoong Ling, Dayana dan Christine Tin memegang poster #SaySomethingNice

(Dari kiri) Hazimah Hanafi, Aby Mahmood, Chew Hoong Ling, Nur Intan Dayana dan Christine Tin memegang poster #SaySomethingNice

Hari ini sahabat-sahabat dari Zubedy Ideahouse mengunjungi pejabat Yayasan Usman Awang untuk memperkenalkan kempen #SaySomethingNice. Kempen yang bermula sejak tahun 2011 ini menggalakkan rakyat Malaysia membuat sesuatu perkara yang baik dan dapat menyatupadukan umat, selama 17 belas hari dari Hari Merdeka (31 Ogos) hingga Hari Malaysia (16 September).

Dari #SaySomethingNice, kempen ini kemudiannya berkembang menjadi pelbagai projek mesra dan berkonsepkan kesederhanaan seperti #PlantSomethingNice (projek menanam pokok Neem di sekolah-sekolah), #AdvertSomethingNice (projek mengiklankan sesuatu yang baik), #EatSomethingNice (projek menggalakkan pemakanan sihat), #DonateSomethingNice (projek derma darah) dan banyak lagi yang boleh disesuaikan mengikut organisasi masing-masing.

Yayasan Usman Awang yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti berkonsep kesederhanaan dan perpaduan memberi sokongan kepada kempen #SaySomethingNice dan gembira menerima kunjungan penganjur. Turut hadir adalah Cik Christine Tin dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) yang mewakili sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *