Majlis Pelancaran Pameran Jualan Lukisan Sasterawan Negara Usman Awang

21hb April 2016 yang lalu satu Majlis Pelancaran Pameran Jualan Lukisan Usman Awang telah diadakan dengan jayanya. Pameran Jualan Lukisan ini diadakan sempena memperingati 15 tahun pemergian Allahyarham Seniman Negara Usman Awang. Lukisan yang bertemakan karekteristik Usman Awang yang mengangkat martabat perkauman dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. Usman Awang seorang aktivitis yang memperjuangkan hak-hak masyarakat berbilang kaum untuk memastikan agar perpaduan dan kesejahteraan sejagat dapat dipelihara dan dipertahankan. Terdapat 20 buah lukisan yang telah dilukis oleh saudara Daeng Ramliakil telah dipamerkan dan 50% daripada jualan lukisan tersebut akan disumbangkan kepada pihak Yayasan Usman Awang.

Majlis dimulakan dengan persembahkan gimik oleh saudara Daeng Ramliakil, di mana dua buah lukisan telah dihadiahkan kepada saudara Tan Kai Hee dan saudara Syed Husin. Diikuti bacaan doa yang dibacakan oleh Pengerusi Majlis saudara Aedy Firdaus.  Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada saudara Daeng Ramliakil. Saudara Syed Husin bin Ali telah mengumuman  Pelancaran Setem Sasterawan Negara iaitu Usman Awang, Keris Mas dan Arenawati yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 29hb April 2016 dan seterusnya merasmikan Majlis Pameran Jualan Lukisan ini. Majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar dan sesi soal jawab mengenai lukisan saudara Daeng Ramliakil.

 

Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang & Daeng Ramliakil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *