Keratan Akhbar Majlis Pelancaran Pameran Jualan Lukisan Sasterawan Negara Usman Awang

Pameran Jualan Lukisan “Karekteristik Usman Awang”

 Kuala Lumpur – 21hb April 2016 – Daeng Ramliakil seorang pelukis telah mengadakan pameran lukisannya yang bertemakan “Karekteristik Usman Awang” sebagai tanda penghormatan kepada Sasterawan Negara Datuk Usman Awang.

50% daripada hasil jualan  akan didermakan kepada Yayasan Usman Awang.

Pameran Jualan Lukisan anjuran bersama Yayasan Usman Awang dan My Star Tea City diadakan pada 21hb – 30hb April 2016, bertempat di tingkat 1, Bangunan Sun Complex, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Setiap lukisannya ditawarkan pada harga RM5, 000.00. 50% daripada hasil jualan akan didermakan kepada Yayasan Usman Awang.

Kesemua 20 buah lukisan yang berilhamkan karya-karya Usman Awang mencerminkan ciri-ciri Usman Awang, termasuk cinta, keberanian, semangat berjuang, konsep kumpulan etnik dan sebagainya.

Pengasas Yayasan Usman Awang, Encik Tan Kai Hee menyatakan bahawa Daeng Ramliakil mempunyai keberanian dan kasih-sayang untuk menganjurkan Pameran Lukisan kali ini. Budi baik beliau untuk mendermakan 50% daripada hasil jualan lukisan kepada Yayasan Usman Awang amat dihargai dan disangjung tinggi.  Langkah ini boleh dijadikan satu contoh yang baik.

Siri Lukisan seterusnya, “Dragon Soul”

Di samping itu, Daeng Ramliakil berkata selepas selesai pameran “Karekteristik Usman Awang”, beliau akan mengadakan satu lagi siri lukisan yang bertemakan “Dragon Soul”.

Beliau menegaskan bahawa naga dalam minda orang Cina adalah maskot yang boleh menghindari seseorang daripada perkara-perkara yang tidak baik. Siri “Dragon Soul” tersebut akan memaparkan 30 buah Lukisan yang mengetahkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina dalam isu-isu domestik termasuk politik, pendidikan, bahasa dan ekonomi.

Pelancaran Setem Usman Awang bersama POS Malaysia

Pengerusi Yayasan Usman Awang Dr Syed Husin Ali turut mengumumkan bahawa pelancaran setem Usman Awang, Keris Mas dan Arena Wati (3 Tokoh Sasterawan Negara) akan diadakan pada 29hb April 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tetamu-tetamu lain yang hadir di perlancaran Pameran Lukisan “Karekteristik Usman Awang” termasuk Datin Sunita Rajakumar, Datuk Mohd Anuar bin Hj Rethwan, Tan Sri Kamarul Ariffin, Saudara Dinsman dan Dato’ Faridah Merican

Keratan Akhbar Bahasa Cina. Di antara para media yang telah menghadiri Majlis Pelancaran Pameran Jualan Lukisan.

npc_20160422_kwanghwa-pameran_lukisan_yua

Akhbar Kwongwah

npc_20160422_chinapress_pameran_lukisan_yua

Akhbar China Press

npc_20160422_kwangming_pameran_lukisan-yua

Akhbar Guangming

npc_20160422_sinchew_pameran_lukisan_yua

Akhbar Sin Chew

oriental

Oriental Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *