Majlis Pelancaran Setem Sasterawan Negara

Suatu pencapaian yang harus dibanggakan oleh Yayasan Usman Awang dengan kelahiran Setem Sasterawan Negara Usman Awang bersama dengan dua lagi setem Sasterawan Negara iaitu Arenawati dan Keris Mas. Dengan kerjasama POS Malaysia Yayasan Usman Awang dan Dewan Bahasa dan Pustaka maka terlaksanalah suatu projek besar iaitu Setem Sasterawan Negara. Pada 29hb Mei 2016 satu Majlis Pelancaran Setem Sasterawan Negara telah dilaksanakan di Reruai Dewan Bahasa dan Pustaka  yang terletak di Dewan A sewaktu Pesta Buku Antarabangsa berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang.

pelancaran setem

Majlis perasmian sedang dijalankan. Tuan Tan Kai Hee, Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang, YBhg. Tuan Haji Abdul Adziz bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg. Dato’ Sukri bin Mohd Salleh, Ketua Eksekutif POS Malaysia berada di pentas utama sewaktu sesi pelancaran.

Senarai harga Setem dan Sampul Hari Pertama 

gambar setem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *