Majlis Memperingati Allahyarham Said Zahari

syed zahari
Tarikh: 22hb Mei 2016 (Ahad)
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan MCPA, Tingkat 3, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.

Anjuran bersama: SIRD, Pusat Sejarah Rakyat, Monsoons Group, Civil Rights Committee of KLSCAH, Yayasan Usman Awang.

Majlis memperingati Allahyarham Said Zahari bertujuan menghargai sumbangan beliau dalam bidang kewartawanan dan politik di Malaysia dan Singapura sejak tahun 50an.

Allahyarham Said Zahari dilahirkan pada 1928 di Singapura dan meninggal dunia pada 12 April 2016 di Malaysia. Selaku ketua Pengarang Utusan Melayu, beliau telah memimpin satu mogok untuk menentang UMNO mengambil alih surat khabar tersebut dan mempertahankan kebebasan media pada tahun 1961. Sehingga hari ini, beliau masih diingati sebagai tokoh kewartawanan paling penting dan berani dalam sejarah perjuangan kebebasan media di Malaysia dan Singapura.

Selepas mogok Utusan Melayu, Allahyarham Said Zahari kembali ke Singapura dan bersedia memimpin Parti Rakyat Singapura. Ketika dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat Singapura, serta- merta , beliau ditahan oleh kerajaan Lee Kuan Yew pada tahun 1963 dan bermulalah tahan tanpa bicaranya selama 17 tahun. Selepas dibebaskan pada tahun 80an, beliau berpindah ke Malaysia dan duduk bersama dengan anaknya.

Allahyarham Said Zahari harus diingati sebagai seorang pejuang rakyat dalam sejarah demokrasi Malaysia dan Singapura, semangat dan keberanian beliau dalam mempertahankan kebebasan media, sistem demokrasi dan suara rakyat harus kita semua memberi penghormatan dan teruskan perjuangannya.

Majlis Memperingati Allahyarham Said Zahari
sesi bergambar ahli penasihat YUA bersama keluarga arwah Said Zahari

 

Majlis tersebut dihadiri ramai kenalan-kenalan arwah Said Zahari, dalam 140 orang jemputan telah memeriahkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan tayangan video mengenai Said Zahari “Life on the Line Said Zahari”. Pengacara Majlis pada hari tersebut adalah saudara Fahmi Fadzli. Majlis diteruskan dengan bacaan al-fatihah untuk Allahyarham dan diikuti dengan ucapan-ucapan daripada sahabat-sahabat dan ahli keluarga Allahyarham seperti Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA), Adam Adli (blogger dari Singapore), Masjaliza (bekas wartawan Malaysia Kini), Abdul Rahman Embong (Pensyarah), Sin Poh (Moonsoon), Chan Tek Peng (kolumnis Oriental Daily), A Samad Said ( Ahli Lembaga Penasihat YUA), Noorlinda Said (anak Allahyarham Said Zahari) dan Muhammad Badaruddin (cucu Allahyraham Said Zahari) . Persembahan nyanyian telah disampaikan oleh Bangsart Band.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *