Perasmian Laman Merpati Putih (Usman Awang)

Sekretariat Yayasan Usman Awang telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Laman Merpati Putih yang telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 3 Jun 2016. YUA telah memberi sedikit sumbangan dalam menjayakan projek Laman Merpati Putih yang telah diinspirasikan daripada sajak Usman Awang bertajuk Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini.

sajak Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini diabadikan dalam bentuk yang sangat kreatif

  Sajak Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini diabadikan dalam bentuk yang sangat kreatif

Objektif penubuhan Laman Merpati Putih ini adalah untuk memartabatkan tokoh Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang, menjalinkan kasih sayang ilmu dengan wujudnya Pustaka Usman Awang, suatu jalinan kreativiti kepelbagaian seni seperti arca, lukisan dan puisi dan maksud di sebalik puisi itu melambangkan kedamaian.

Teguhnya Arca Merpati Putih di Laman Merpati Putih

      Teguhnya Arca Merpati Putih di Laman Merpati Putih

Laman Merpati Putih dirasmikan oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merangkap Ahli Lembaga Penasihat YUA. Majlis Perasmian Laman Merpati Putih turut dihadiri Pengerusi YUA iaitu Dr. Syed Husin Ali yang telah diamanahkan untuk menandatangani Surat Niat (L.O.I) antara UMS dan YUA.

Laman Merpati Putih telah dirasmikan oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

   Laman Merpati Putih telah dirasmikan oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

 

Sesi Menandatangani SUrat Niat antara Pendaftar UMS, No'Man bin Haji Ahmad dan Pengerusi YUA, Dr. Syed Husin bin Ali

Sesi Menandatangani Surat Niat antara Pendaftar UMS, No’Man bin Haji Ahmad dan Pengerusi YUA, Dr. Syed Husin bin Ali

Pertukaran Surat Niat (L.O.I)

Pertukaran Surat Niat (L.O.I)

Cenderahati daripada UMS berbentuk lukisan berjudul Merpati Putih yang telah dilukis oleh pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, UMS saudara Ahmad Hibatullah bin Hassan telah diletakkan di pejabat YUA. Terima kasih di atas lukisan yang indah ini.

 

Lukisan berjudul Merpati Putih oleh saudara Ahmad Hibatullah bin Hassan

Lukisan berjudul Merpati Putih oleh saudara Ahmad Hibatullah bin Hassan

13460801_10206516870622964_541964042_o

keratan akhbar

Keratan Akhbar berkenaan dengan Laman Merpati Putih

Gambar-gambar sepanjang Majlis Perasmian Laman Merpati Putih

Perasmian Laman Merpati Putih
Arca merpati putih di malam hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *