Sumbangan kepada Malim Gunung yang terkorban dan tercedera

5 Jun 2015, Jumaat, pada jam 7.15 pagi berlakunya gempa bumi pada 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah. Pendaki-pendaki dan malim-malim gunung di Gunung Kinabalu terperangkap di sana. Setelah operasi menyelamat dijalankan seramai 19 orang terbunuh. 4 orang daripadanya adalah malim gunung. Yayasan Usman Awang telah mengambil inisiatif dengan memberi sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa malim gunung yang terkorban dan tercedera.

Upacara sumbangan tersebut telah diadakan bersekali dengan Majlis Perasmian Laman Merpati Putih yang telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 3 Jun 2016, Jumaat. Sumbangan tersebut telah diberikan oleh Pengerusi YUA, Dr. Syed Husin bin Ali dan malim gunung diwakili oleh saudara Junaydie bin Sihan.

13403329_1792824787615122_8892288987485348479_o

13411679_1792824844281783_5248527802531657417_o

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *