Objektif AINUA 2017
Tujuan utama program penganjuran AINUA ini untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka yang berusaha dan berjasa dalam mengeratkan persahabatan kaum demi perpaduan dan integrasi nasional.
Anugerah ini adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia seperti berikut:
- Individu atau
- Badan bukan kerajaan atau Organisasi lain yang berdaftar denganĀ pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Dengan penganugerahan ini, diharap semangat Usman Awang mengenai integrasi nasional dapat dipupuk dan keharmonian serta perpaduan kaum dapat diperkasa.
Objektif Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang:
- Untuk memberi sanjungan dan penghargaan kepada perseorangan (individu) dan badan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang telah menyumbang jasa dalam perpaduan dan integrasi nasional.
- Menggalakkan lebih ramai orang dan juga badan bukan kerajaan dan lain-lain organisasi yang untuk menyumbang jasa bagi memperkasa perpaduan dan integrasi negara.
- Memupuk semangat perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat Malaysia
Penganjuran
Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2017 ini merupakan aktiviti usaha sama diantara Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) serta merupakan tahun kedua penganjuran aktiviti ini. Anugerah ini terbuka kepada semua individu ataupun pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan yang difikirkan telah memberi sumbangan yang berterusan ke atas masyarakat serta meninggalkan impak yang besar dan berkesan.
Borang Pencalonan dan Syarat Pencalonan boleh diperolehi melalui pautan di bawah:-
https://dochub.com/yayasanusmanawang/vDM53O/syarat-pencalonan-ainua-2017?dt=3346lgd6phesg30u