Kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf

Yayasan Usman Awang (YUA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf. Kujungan hormat ini adalah bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan majlis  Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2017 (AINUA) yang kali kedua dianjurkan oleh YUA dan Huazhong dan juga mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Wakil daripada YUA iaitu Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA) dan Cik Nashimah binti Basri (Sekretariat YUA) wakil dari Huazong adalah Dato Michelle Soon. Puan Haslina Usman mewakili waris Usman Awang.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf. Terima kasih diucapkan kepada kedua-duanya kerana menerima kehadiran Sekretariat AINUA 2017 dengan mesra dan penuh muhibbah.

Kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah diadakan pada 28 November 2016 (Isnin) pada jam 2.00 petang dan Kumpulan Media Karangkraf adalah pada 10 Januari 2017 (Selasa) pada jam 11.00 pagi.

 

SINAR HARIAN ONLINE

Berdiri dari kiri Encik Hashim bin Anang (Ketua Pengurus Korporat Karangkraf), Cik Nashimah binti Basri (Sekretariat YUA), Puan Haslina Usman (Waris Usman Awang), Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), Dr. Syed Husin bin Ali (Pengerusi YUA),, Dato' Michelle Soon (Wakil Huazhong) dan Datuk Abdul Jalil bin Ali (Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian)

Berdiri dari kiri Encik Hashim bin Anang (Ketua Pengurus Korporat Karangkraf), Cik Nashimah binti Basri (Sekretariat YUA), Puan Haslina Usman (Waris Usman Awang), Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), Dr. Syed Husin bin Ali (Pengerusi YUA),, Dato’ Michelle Soon (Wakil Huazhong) dan Datuk Abdul Jalil bin Ali (Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian)

KERATAN AKHBAR UTUSAN MELAYU 

Berdiri dari kiri Datuk Othman bin Mohamad (Timbalan Ketua Pengarang), Cik Nashimah Basri (Sekretariat YUA), Haslina Usman (waris Usman Awang), Dato' Michelle Soon (wakil Huazhong), Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA), Datuk Aziz bin Ishak (ketua Pengarang Kumpulan Utusan), Datuk Zulkefli bin Hamzah (Pengarang) dan Jamal bin Ahmed (Pengurus Besar Komunikasi Korporat)

Berdiri dari kiri Datuk Othman bin Mohamad (Timbalan Ketua Pengarang), Cik Nashimah Basri (Sekretariat YUA), Haslina Usman (waris Usman Awang), Dato’ Michelle Soon (wakil Huazhong), Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA), Datuk Aziz bin Ishak (ketua Pengarang Kumpulan Utusan), Datuk Zulkefli bin Hamzah (Pengarang) dan Jamal bin Ahmed (Pengurus Besar Komunikasi Korporat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *