Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB)

Yayasan Usman Awang dengan kerjasama Ziarah Karyawan (ZK), Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dan Ikatan Penulis Kopi Satera (IKOSAS) telah menganjurkan acara Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB) yang diadakan bertujuan mengenang dan menghargai jasa-jasa Usman Awang dalam memperjuangkan dan memartabatkan sastera dan perpaduan kaum sepanjang hayatnya dahulu.

Acara ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11 – 13 Ogos 2017 (Jumaat – Ahad) di Sungai Besar, Kuala Selangor, Selangor.

POSTER ACARA

Hari pertama acara telah diadakan di Damai Rasidin Villa yang juga menempatkan semua peserta dan pelakon yang terlibat dalam acara ini. Perasmian acara telah dirasmikan oleh Dr. Syed Husin Ali iatu Pengerusi Yayasan Usman Awang dan seterusnya meluncurkan Buku Biografi Usman Awang karya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh yang bertajuk Seorang Penyair Sebuah Benua Rusuh.

      

Acara pada malamnya adalah Persembahan Monolog (Nuyang Jaimie), Persembahan Teater (Dondang Azab) Panggung Tok Tan Riau (Pekan Baru).

POSTER ACARA

Hari kedua telah diadakan beberapa acara menarik seperti Apresiasi Monolog Nuyang Jaimee dan Apresiasi Teater “Dondang Azab” Panggung Tok Tan Riau, Peluncuran pelbagai buku Antologi Puisi, Kumpulan Puisi dan Novel yang telah diluncurkan oleh Dato’ Nasaruddin Hashim yang merupakan Penaung Ziarah Karyawan. Penyerahan Antologi Simfoni Gagak Rimba kepada Cakra Budaya Indonesia (CBI), Sayembara Deklamasi Sajak Terbuka Kebangsaan diikuti majlis penyampaian hadiah sayembara.

Aktiviti di sebelah petang adalah sesi menandatangani buku Biografi Usman Awang dan ucapan daripada Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh.

Sebelah malam diadakan persembahan Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara Adaptasi Utih. Persembahan teater ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 12 & 13 Ogos 2017 (Sabtu & Ahad) bertempat di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor bermula pada jam 8.45 malam. Teater ini telah diadakan di tengah-tengah sawah padi.  

POSTER ACARA

Hari terakhir acara pada hari Ahad majlis penutup telah dibuat di Damai Rasidin Villa oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadli merangkap Pengerusi Institut Darul Ehsan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *