Persembahan Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara Adaptasi Utih

POSTER ACARA

Pengarah Teater yang tidak asing lagi Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai Dinsman telah menampilkan teater terbaru selepas Teater Atas Pokok (TAP) yang menggunakan elemen alam semula jadi iaitu Pokok Angsana di Shah Alam. Persembahan teaternya kali ini meminjam elemen alamĀ  semula jadi Sawah Padi dengan menggunakan Sajak Usman Awang yang sangat terkenal dan kerap dijadikan pilihan untuk pementasan teater iaitu sajak Uda & Dara.

Pementasan teater ini seolah-olah bergabung dengan alam apabila memilih Sawah Padi sebagai lokasi pementasan dan dipersembahkan pada malam hari bermula pada jam 8.45 malam bertempat di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor. Menampilakn pelakon-pelakon teater yang hebat seperti Fairul Pujangga, Intan Suraya, Hafidz Haikal, Ishak Yusof, Ayudez Fia, Yuzara Amrand dan Taufiqizmir. Penampilan khas pemuisi dari Indonesia saudara Ilhamdi Sulaiman yang memegang watak Utih. Juga penampilan pemuzik-pemuzik hebat yang menciptakan lagu persembahan iaitu Saidin Omar dan Sani Sudin.

Yayasan Usman Awang dan Kerajaan Negeri Selangor adalah penyumbang dalam menjayakan persembahan teater hebat ini yang telah berjaya menarik penonton yang sangat ramai. Tambahan pula faktor lokasi dan ruang yang luas untuk ramai orang boleh hadir menonton teater tersebut. Sepanjang dua hari persembahan teater tersebut iatu pada 12 & 13 Ogos 2017 (Sabtu & Ahad) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

 

GAMBAR SEPANJANG ACARA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *