Tempahan awal setem A. Samad Said sempena Meraikan A. Samad Said pada Malam Amal Yayasan Usman Awang

Malam Amal Yayasan Usman Awang ini akan diadakan pada 2 November 2017 (Khamis) jam 8.00 malam di Dewan Banquet, Kelab Diraja Tasik Perdana Kuala Lumpur. Sempena meraikan Dato’ Seri A. Samad Said. Yayasan Usman Awang telah menjalin kerjasama dengan POS Malaysia dengan mengeluarkan setem berwajah Dato’ Seri A. Samad Said yang dinamakan Setem Ku dan bernilai RM30 satu helaian. Dengan ini Yayasan membuka tempahan awal kepada individu dan badan korporat yang berminat untuk membeli setem ini dengan terus menghubungi sekretariat Yayasan Usman Awang di talianĀ 03-21413476 (Shimah / Ain) atau boleh juga membuat tempahan melalui emel Yayasan diĀ sekretariat@yua.org.my.

Setiap pembelian setem ini akan dimasukkan ke dalam dana Yayasan Usman Awang. Marilah membeli sambil beramal. Yayasan Usman Awang sangat menghargai pembelian ikhlas dari anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *