Dengan sukacitanya kami dari Yayasan Usman Awang memaklumkan penganjuran sebuah acara yang julung-julung kali diadakan sempena memperingati hari kelahiran Usman Awang yang jatuh pada bulan Julai iaitu 12 Julai 1929. Dengan ini kami berbesar hati menjemput saudara / saudari untuk memeriahkan acara ini.
Acara tersebut akan diadakan seperti ketentuan yang berikut:-
Nama Acara: Malam Mengenang Kasih Sasterawan Negara Usman Awang
Tarikh: 16 Julai 2018 (Isnin)
Masa: 7.50 malam
Tempat: Dewan Bankuet, Kelab Diraja Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Pengesahan kehadiran hendaklah dihantar selewat-lewatnya 30 Jun 2018 (Sabtu) melalui:-
1. Emel Yayasan Usman Awang (sekretariat@yua.org.my)
2. Panggilan telefon (Pejabat YUA – 03-2141 3476. Ain / Shimah)