Jualan buku “Di Bawah Bayang Tulip Merah”

 

Buku baharu memuatkan 10 buah cerpen yang ditulis oleh penulis tempatan;
– Haizir Othman (Beringin Sarah)
– Norfazliana Mohd Yusof / Aji Wa (Bangkit)
– Asmah Hashim (Di Bawah Bayang Tulip Merah)
– Mamu MK Hasny (Air Mata Ramadan nan Berlalu)
– Siti Rozilah (Dia Anak Banduan)
– Baharuddin Sairi (Nota Terakhir)
– Siti Ishah Shamsudin (Keributan Hati)
– Ismail Hashim (Rumah Kecil Bapak)
– A. Hamid Halim (Pohon Bersejarah)
– Samiron Rahmat (Seorang Wanita dari Mandala Alma Mater)

Sebanyak 260 penyertaan telah diterima daripada penulis tempatan daripada pelbagai latar belakang melalui projek “Antologi Sajak Jadi Cerpen”. Daripada jumlah penyertaan tersebut, Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang telah memilih 10 cerpen terbaik yang menepati kehendak dan maksud projek ini. Melalui usaha ini, penulis secara tidak langsung dapat menyelami roh perjuangan dan pemikiran SN Usman Awang melalui penulisan sejak sekian lama yang kekal segar dan sentiasa dihayati sehingga kini.

Buku Di Bawah Bayang Tulip Merah dijual pada harga RM25.00 senaskhah dan boleh dibeli terus di Pejabat Yayasan Usman Awang di alamat Lot 6.03, Tingkat 6, Sun Complex, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Selain itu, buku ini juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi nombor telefon 03-21413476 (Sekretariat YUA – Shimah / Ain) dan juga emel sekretariat@yua.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *