Kami mengalu-alukan penyertaan semua yang berkelayakan untuk menyertai sebuah acara yang penuh berprestij dan julung-julung kali diadakan iaitu Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA). Acara ini merupakan kerjasama antara Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong).
Objektif AINUA 2019
Tujuan utama program penganjuran AINUA ini untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka yang berusaha dan berjasa dalam mengeratkan persahabatan kaum demi perpaduan dan integrasi nasional.
Anugerah ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia seperti berikut:
- Individu atau;
- Badan bukan kerajaan atau Organisasi lain yang berdaftar dengan mana-mana pertubuhan di Malaysia, penyertaan perlu disertakan bersama sijil pendaftaran.
Dengan penganugerahan ini, diharap semangat Usman Awang mengenai integrasi nasional dapat dipupuk dan keharmonian serta perpaduan kaum dapat diperkasa.
Objektif Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang:
- Untuk memberi sanjungan dan penghargaan kepada perseorangan (individu) dan badan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berdaftar dan telah menyumbang jasa dalam perpaduan dan integrasi nasional.
- Menggalakkan lebih ramai orang dan juga badan bukan kerajaan serta lain-lain organisasi untuk menyumbang jasa bagi memperkasa perpaduan dan integrasi nasional negara.
- Memupuk semangat perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat Malaysia
Syarat-syarat Penyertaan
Pautan Borang
https://drive.google.com/open?id=1QcKCv0QtWteRgDoDCbKAyEChU-WeoWCu
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat YUA di talian 03-21413476 (Shimah / Ain) atau menghantar emel kepada sekretariat@yua.org.my