Serba Sedikit Tentang Usman Awang

Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang

Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang

Fakta Ringkas Usman Awang
Nama Usman Awang bukan asing dalam dunia kesusasteraan tempatan. Dalam dunia sastera tanah air, Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang adalah nama tersohor bagai bintang yang gemerlapan sepanjang zaman.

Karya seni beliau begitu indah, cukup bersemangat dan benar-benar bermakna sehingga diterima oleh pelbagai kaum di seluruh tanah air. Hasil kerja beliau berkisar tentang realiti kehidupan, prihatin terhadap golongan tertindas serta menentang kuat kolonialisme selain bersifat universal dan patriotik.

Sesungguhnya Usman Awang adalah ikon patriotik yang menerusi karya seni menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia serta wajar dikenang dan dimartabatkan. Beliau telah memenangi banyak anugerah kesusasteraan seperti Gelaran Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Gelaran Sasterawan Negara (1983), Zamalah Sastera untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran) (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995)

  • Lahir pada 12 Julai 1929 di Kota Tinggi, Johor
  • Seorang penyair, penulis dalam pelbagai genre termasuk cerpen dan drama terkenal di Malaysia
  • Salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
  • Berpendidikan sekolah rendah sahaja kerana kemiskinan keluarga
  • Pernah menjadi buruh paksa Jepun dan anggota polis pada zaman British
  • Kembali ke Rahmatullah pada 29 November 2001

Antara nama-nama pena beliau termasuk Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan  Zaini.

Antara puisi-puisi termasyhur beliau adalah

Drama-drama termasyhur beliau termasuk

  • Muzikal Uda dan Dara
  • Tamu Di Bukit Kenny
  • Matinya Seorangan Pahlawan (Jebat)
  • Malam Kemerdekaan
  • Serunai Malam

Cerpen-cerpen masyhur beliau:

  • Degup Jantung
  • Betisnya Bunting Padi
  • Matinya Seorang Perempuan
  • Sebuah Khemah Didirikan
  • Turunnya Sebuah Bendera

Satu-satunya novel beliau berjudul “Tulang-tulang Berserakan”