Yayasan Usman Awang (YUA) ditubuhkan pada 15 Mei 2014 atas inisiatif sahabat-sahabat Usman Awang yang berbilang etnik dan antara yang ternama dalam dunia sastera dan persuratan.
Yayasan Usman Awang ditubuhkan untuk memperluaskan penghayatan karya-karya dan pemikiran Usman Awang – demi perpaduan dan kemanusiaan melalui sastera dan seni budaya
Antara kerja-kerja Yayasan Usman Awang termasuk:
- Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang
- Penerbitan semula karya-karya Usman Awang
- Pengumpulan bahan-bahan yang berkaitan dengan Usman Awang dan memperkayakan Pusat Sumber Usman Awang untuk rujukan orang ramai
- Program-program sastera dan seni budaya yang mengeratkan integrasi nasional serta menegakkan nilai-nilai kemanusiaan