Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017

Acara berperstij ini amat sinonim dengan Yayasan Usman Awang. Ini adalah kerana tujuan diadakan AINUA untuk menghargai usaha Usman Awang dalam memperjuangkan nilai-nilai integrasi antara kaum sama ada di dalam perjuangannya dan penulisannya. Pemilihan pemenang ditentukan berlandaskan aspek-aspek perjuangan integrasi kaum dan penulisan yang menjurus ke arah perpaduan dalam masyarakat.

Pencalonan AINUA 2017 dibahagikan kepada dua kategori iaitu Individu dan Organisasi. Sebanyak 9 pencalonan bagi kategori Individu dan 7 pencalonan bagi kategori Organisasi yang telah mmenghantar penyertaan.

Keputusan pemenang bagi kategori Individu adalah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Bagi kategori Organisasi tiada pemenang. Pemenang telah menerima sekeping plak penghargaan, RM10,000 tunai dan RM 15,000 geran untuk projek perpaduan.

 

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS