Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA)

Antara aktiviti YUA yang dikenali ramai adalah Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) anjuran bersama Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong).

Sejajar dengan pemikiran Usman Awang yang kerap kali menulis tentang Bangsa Malaysia, objektif AINUA adalah untuk memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada mereka yang berjasa dalam mengeratkan persahabatan kaum demi integrasi nasional.

Anugerah ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia samada individu atau organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Terdapat dua kategori AINUA iaitu Anugerah Salam Benua dan Anugerah Merpati Putih.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang www.ainua.my atau sekretariat AINUA di alamat berikut:

Sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usaman Awang (AINUA)
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong)
No. 1, Jalan Maharajalela, 50150, Kuala Lumpur.
Tel: 03-22734008
Faks: 03-22734015

 

Gambar-Gambar AINUA 2014

« 1 of 3 »