Hening Puisi Paksi di Tanjung Sedili

Hening Puisi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) berlangsung dari 25-28 Julai 2015 di Jason Bay Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Usman Awang dilahirkan di Tanjung Sedili dan pemilihan tempat untuk hening puisi ini tepat sekali.

sHening Puisi Paksi di Tanjung Sedili 25-28 Julai 2015_1

 

 

Saudara Syed Husin Ali berkongsi pengalaman beliau bersama Usman Awang dan memperkenalkan Yayasan Usman Awang

Saudara Syed Husin Ali berkongsi pengalaman beliau bersama Usman Awang dan memperkenalkan Yayasan Usman Awang

 

(Dari kiri) Saudara Syed Husin Ali, Saudari Chew Hoong Ling dan Saudara Chan Yong Sin

(Dari kiri) Saudara Syed Husin Ali, Saudari Chew Hoong Ling dan Saudara Chan Yong Sin

Uda dan Dara Kolej New Era

Yayasan Usman Awang amat bangga dengan para pelajar Kolej New Era yang sudi memilih karya agung Usman Awang untuk pementasan mereka. Uda dan Dara, yang pernah diterjemahkan ke Bahasa Cina oleh Saudara Chan Yong Sin dipilih sebagai karya pementasan pada bulan Julai.

Lagu-lagu dalam persembahan itu digubah oleh para pelajar sendiri kecuali dua lagu yang dibenarkan guna oleh The Actors Studio seni teater rakyat. Yayasan Usman Awang berterima kasih kepada Institut Terjemahan Buku Malaysia yang sudi membenarkan karya agung Uda dan Dara digunakan oleh para pelajar tanpa royalti, Dato’ Faridah Merican yang membenarkan dua irama lagu digunakan tanpa caj, para pelajar dan pengarah Uda dan Dara Kolej New Era yang mengangkat martabat Usman Awang dalam komuniti warga Cina, serta semua para penyokong yang tanpa jemu menyokong seni budaya tempatan.