Harimau GBBM Menjelajah Malaysia

Gerakan Belia Bersatu Malaysia mengambil langkah positif untuk menjelajah seluruh Malaysia bersama patung Harimau sambil mengedarkan risalah berkenaan pembentukan Malaysia. Kembara sempena Hari Kemerdekaan 2015 ini bertujuan merapatkan hubungan sesama rakyat dan mengingatkan rakyat serba sedikit tentang sejarah Malaysia. Risalah yang diedarkan antara lain memuatkan maklumat kemerdekaan negara, pembentukan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, lambang kebangsaan dan lagu Negaraku.

Yayasan Usman Awang merupakan rakan kongsi sokongan Gerakan Belia Bersatu Malaysia dan amat berterima kasih kerana dipilih untuk sama-sama menjalankan aktiviti yang bermakna ini. Slogan Yayasan Usman Awang adalah “demi perpaduan dan kemanusiaan, melalui sastera dan seni budaya”. Kembara Kemerdekaan Harimau GBBM ini bertepatan dengan matlamat Yayasan Usman Awang untuk mempromosikan kesederhanaan dan perpaduan negara.

Untuk maklumat lanjut dan peluang bergambar bersama Harimau GBBM, bolehlah layari laman Facebook mereka di www.facebook.com/gbbmorg 

 

Sin Chew 28 Ogos 2015 - Harimau Menjelajah Malaysia

Sin Chew 28 Ogos 2015 – Harimau GBBM Menjelajah Malaysia

 

Kunjungan ke pejabat urusan The Star Publications Berhad

Kunjungan ke pejabat urusan The Star Publications Berhad – Ng Kok Leong, Editor Foto The Star (lima dari kiri); Loo Phan Kooi, Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif The Star; Presiden Kebangsaan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Chook Wai Mun; Chew Hoong Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Usman Awang; bergambar bersama delegasi GBBM

 

Kunjungan ke Sin Chew Jit Poh

Kunjungan ke Sin Chew Jit Poh – Presiden Kebangsaan GBBM, Chook Wai Mun (lima dari kiri); Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Promosi, Low Kon Sin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Usman Awang, Chew Hoong Ling bersama para delegasi GBBM

 

Kunjungan ke Kwong Wah Yit Poh

Kunjungan ke Kwong Wah Yit Poh – Tee Chai Fong, Penolong Ketua Pengarang merangkap Pengurus Kwong Wah Yit Poh Press (lima dari kir) bergambar bersama delegasi GBBM

Hening Puisi Paksi di Tanjung Sedili

Hening Puisi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) berlangsung dari 25-28 Julai 2015 di Jason Bay Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Usman Awang dilahirkan di Tanjung Sedili dan pemilihan tempat untuk hening puisi ini tepat sekali.

sHening Puisi Paksi di Tanjung Sedili 25-28 Julai 2015_1

 

 

Saudara Syed Husin Ali berkongsi pengalaman beliau bersama Usman Awang dan memperkenalkan Yayasan Usman Awang

Saudara Syed Husin Ali berkongsi pengalaman beliau bersama Usman Awang dan memperkenalkan Yayasan Usman Awang

 

(Dari kiri) Saudara Syed Husin Ali, Saudari Chew Hoong Ling dan Saudara Chan Yong Sin

(Dari kiri) Saudara Syed Husin Ali, Saudari Chew Hoong Ling dan Saudara Chan Yong Sin