Kunjungan dari Zubedy untuk #SaySomethingNice

(Dari kiri) Hazimah Hanafi, Aby Mahmood, Chew Hoong Ling, Dayana dan Christine Tin memegang poster #SaySomethingNice

(Dari kiri) Hazimah Hanafi, Aby Mahmood, Chew Hoong Ling, Nur Intan Dayana dan Christine Tin memegang poster #SaySomethingNice

Hari ini sahabat-sahabat dari Zubedy Ideahouse mengunjungi pejabat Yayasan Usman Awang untuk memperkenalkan kempen #SaySomethingNice. Kempen yang bermula sejak tahun 2011 ini menggalakkan rakyat Malaysia membuat sesuatu perkara yang baik dan dapat menyatupadukan umat, selama 17 belas hari dari Hari Merdeka (31 Ogos) hingga Hari Malaysia (16 September).

Dari #SaySomethingNice, kempen ini kemudiannya berkembang menjadi pelbagai projek mesra dan berkonsepkan kesederhanaan seperti #PlantSomethingNice (projek menanam pokok Neem di sekolah-sekolah), #AdvertSomethingNice (projek mengiklankan sesuatu yang baik), #EatSomethingNice (projek menggalakkan pemakanan sihat), #DonateSomethingNice (projek derma darah) dan banyak lagi yang boleh disesuaikan mengikut organisasi masing-masing.

Yayasan Usman Awang yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti berkonsep kesederhanaan dan perpaduan memberi sokongan kepada kempen #SaySomethingNice dan gembira menerima kunjungan penganjur. Turut hadir adalah Cik Christine Tin dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) yang mewakili sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang.

Bengkel Tahu Menulis Tahu Menerbit

Bengkel Tahu Menulis Tahu Menerbit

Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petangTempat: PPNM Academy, 17-2 Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur.

Prof. Dr Lim Swee Tin ialah ahli lembaga amanah Yayasan Usman Awang dan pernah menerima Anugerah Penulis S.E.A. Kali ini, Dr Lim menawarkan pedoman praktikal menjadi penulis dan seterusnya menerbitkan karya sendiri. Tempat untuk bengkel ini terhad dan kepada yang berminat boleh hubungi Suhaida di talian 019-3144399 dan Naza Hamed di talian 019-3575782 atau melalui emel celikhuruf@gmail.com

Yuran hanya RM180 sahaja dan untuk yang masih belajar, yuran hanya RM100.

Malam Gala Yayasan Usman Awang (Persembahan Perdana Muzikal Uda dan Dara)


(Gambar-gambar sumbangan 126 Creative Resources)

Bermula dari sebuah puisi yang indah, Gadis di Kuburan, dan seterusnya berkembang menjadi teater muzikal yang pertama di Malaysia pada tahun 1972, Uda dan Dara kembali lagi di pentas teater tempatan.

Yayasan Usman Awang berterima kasih kepada The Actors Studio (TAS) yang mempersembahkan teater muzikal Uda dan Dara, sebuah naskah cinta tragis dua hati. Dara, yang dilahirkan dalam keluarga berada dan Uda seorang anak muda dari desa merupakan sepasang kekasih yang saling mencintai merentasi perbezaan darjat, kuasa dan dalam adaptasi ini – budaya dan bangsa.

TAS telah menaja kos persembahan Malam Gala Yayasan Usman Awang (YUA) sempena persembahan perdana Uda dan Dara demi mengumpul dana untuk menubuhkan Pusat Sumber Usman Awang. Yayasan Usman Awang berjaya mengumpul dana sebanyak RM70,000 melalui acara ini.

UDD_2015_5_A3 YUA

Poster Uda dan Dara