Kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Urusan ITBM

Kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) (Dari kiri) Pengarah Urusan ITBM Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif YUA Chew Hoong Ling, penasihat YUA Haslina Usman dan pembantu tadbir Katriyana Rahim

Kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
(Dari kiri) Pengarah Urusan ITBM Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif YUA Chew Hoong Ling, penasihat YUA Haslina Usman dan pembantu tadbir Katriyana Rahim

Hari ini, Yayasan Usman Awang (YUA) mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Urusan ITBM yang juga merupakan ahli lembaga amanah YUA. Perbincangan kami termasuk hal-hal penerbitan buku-buku Usman Awang dan perkembangan YUA.

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2014

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) adalah satu anugerah berprestij anjuran bersama Yayasan Usman Awang (YUA) Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) demi menghargai jasa rakyat Malaysia atau pertubuhan-pertubuhan yang menonjolkan semangat kekitaan dan integrasi nasional.

Majlis AINUA 2014 telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 14 Disember 2014 dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang di Mahattan Ballroom, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Senarai Pemenang AINUA 2014 adalah

Pemenang Anugerah Salam Benua 
(Hadiah Wang Tunai RM30,000 berserta trofi dan sijil penghargaan)

En. Anas Zubedy
Majlis Kebangsaan Sedia Bersahabat Malaysia (National Council of Befrienders Malaysia)
Dato’ Dr. Lam Peng Chong @ Lam Phar

Pemenang Anugerah Merpati Putih
(Hadiah Wang Tunai RM10,000 dan sijil penghargaan)

En. Subramaniam Karupayah
Puan Lumat binti Dadi
En. Lim Thein Phin
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Yahaya bin Ibrahim
Pergerakan Pemuda Malaysia

Pemenang Anugerah Khas
(Hadiah Wang Tunai RM5,000 dan sijil penghargaan)

En. Jamaluddin bin Mat Ali
En. Gan Leong Piow

« 1 of 3 »

Majlis Pelancaran Yayasan Usman Awang

Fajar menyinsing Jun sembilan belas,
Berderap kaki demi sahabatku sayang,
Tahunnya dua ribu empat belas,
Dilancarkan Yayasan Usman Awang.