Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB)

Yayasan Usman Awang dengan kerjasama Ziarah Karyawan (ZK), Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dan Ikatan Penulis Kopi Satera (IKOSAS) telah menganjurkan acara Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB) yang diadakan bertujuan mengenang dan menghargai jasa-jasa Usman Awang dalam memperjuangkan dan memartabatkan sastera dan perpaduan kaum sepanjang hayatnya dahulu.

Acara ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11 – 13 Ogos 2017 (Jumaat – Ahad) di Sungai Besar, Kuala Selangor, Selangor.

POSTER ACARA

Hari pertama acara telah diadakan di Damai Rasidin Villa yang juga menempatkan semua peserta dan pelakon yang terlibat dalam acara ini. Perasmian acara telah dirasmikan oleh Dr. Syed Husin Ali iatu Pengerusi Yayasan Usman Awang dan seterusnya meluncurkan Buku Biografi Usman Awang karya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh yang bertajuk Seorang Penyair Sebuah Benua Rusuh.

      

Acara pada malamnya adalah Persembahan Monolog (Nuyang Jaimie), Persembahan Teater (Dondang Azab) Panggung Tok Tan Riau (Pekan Baru).

POSTER ACARA

Hari kedua telah diadakan beberapa acara menarik seperti Apresiasi Monolog Nuyang Jaimee dan Apresiasi Teater “Dondang Azab” Panggung Tok Tan Riau, Peluncuran pelbagai buku Antologi Puisi, Kumpulan Puisi dan Novel yang telah diluncurkan oleh Dato’ Nasaruddin Hashim yang merupakan Penaung Ziarah Karyawan. Penyerahan Antologi Simfoni Gagak Rimba kepada Cakra Budaya Indonesia (CBI), Sayembara Deklamasi Sajak Terbuka Kebangsaan diikuti majlis penyampaian hadiah sayembara.

Aktiviti di sebelah petang adalah sesi menandatangani buku Biografi Usman Awang dan ucapan daripada Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh.

Sebelah malam diadakan persembahan Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara Adaptasi Utih. Persembahan teater ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 12 & 13 Ogos 2017 (Sabtu & Ahad) bertempat di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor bermula pada jam 8.45 malam. Teater ini telah diadakan di tengah-tengah sawah padi.  

POSTER ACARA

Hari terakhir acara pada hari Ahad majlis penutup telah dibuat di Damai Rasidin Villa oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadli merangkap Pengerusi Institut Darul Ehsan.

Program Pertemuan Integrasi Usman Awang

Poster Program Pertemuan Integrasi Usman Awang

Poster Program Pertemuan Integrasi Usman Awang

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran integrasi khasnya di kalangan penulis, seniman, budayawan dan juga khusus kepada kepelbagaian kaum di Malaysia. Perpaduan kaum dapat dipupuk dengan mengadakan aktiviti seumpama ini kerana dengan adanya program integrasi sebegini ianya akan melibatkan penyertaan pelbagai kaum. Jiwa dan semangat integrasi dapat disemai dengan baik.

Program Pertemuan Integrasi Usman Awang ini adalah anjuran bersama Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA), Xin Art Space, Persatuan Sejarah Kuala Kubu (PESKUBU), Kelab Belia AKtif Hulu Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan PKM Adun Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran media pada 20 – 21hb Mei 2017 untuk membuat liputan amatlah dialu-alukan. Tempat penginapan disediakan.

 

Akan diadakan Malam Persembahan Puisi pada 20hb Mei 2017

Akan diadakan Malam Persembahan Puisi pada 20hb Mei 2017

 

Pameran Kaligrafi Puisi akan diadakan selama seminggu bermula dari 20 Mei 2017 - 27 Mei 2017 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu

Pameran Kaligrafi Puisi akan diadakan selama seminggu bermula dari 20 Mei 2017 – 27 Mei 2017 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu

 

Atur cara Program

20hb Mei 2017

10.00 pagi — Pertandingan Kaligrafi Cina
(Murid-murid diminta menulis puisi- puisi Melayu yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina. PIC: Belia Aktif)

11.30 pagi — Perasmian Pameran Kaligrafi Puisi
(72 Puisi Melayu yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina dan ditulis dalam bentuk kaligrafi Cina. Tetamu kehormat: Pn YDP MDHS)

2.30 petang — Perasmian Seminar Penulis Pelbagai Kaum
(40 penulis pelbagai kaum dari Malaysia akan berada di Rumah Minangkabau. Tetamu kehormat: SN A. Samad Said)

8.30 malam — Malam Persembahan Puisi di Galeri Seni KKB
(Bacaan Puisi oleh Pelbagai kaum, Antares Maitreya mempersembahkan light music dan pengkisahan oleh Batin Orang Asli)

21hb Mei 2017

9.00 Pagi — Seminar Penulis Pelbagai Kaum bahagian II di Rumah Minangkabau.

11.45 Pagi — Pelancuran Buku “Asik” dan Buku “Tarikh Kuala Kubu 1780-1931”
(Tetamu Kehormat: Pengerusi PAKSI Saudara Dinsman)

27hb Mei 2017

5.00 petang — Acara Penutupan Kaligrafi Puisi

Sidang Media Program Integrasi Usman Awang

Sidang Media telah diadakan untuk menguar-uarkan mengenai program ini. Ianya telah dihadiri oleh penganjur bersama yang terdiri daripada Sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) iaitu wakil dari Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Xin Art Space dan Persatuan Sejarah Kuala Kubu (PESKUBU). Wakil dari YUA – Saudara Tan Kai Hee dan Saudari Chew Hoong Ling yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat YUA, Wakil dari Huazong Saudara Chin Yew Sin (Timbalan Ketua Setiausaha Huazong, wakil dari Paksi saudara Dinsman, wakil dari XIn Art Space saudara Chan Yong Sin dan wakil dari PESKUBU – Saudara Ahmad Termizi dan Saudara Md Redzuan.

gambar 1

Berdiri dari kiri: Saudari Chew Hoong ling, Sadara Chin Yew Sin, Saudara Tan Kai Hee, Saudara Dinsman, Saudara Ahmad Termizi, Saudara Md Ridzuan dan Saudara Chan Yong Sin

Berdiri dari kiri: Saudari Chew Hoong ling, Sadara Chin Yew Sin, Saudara Tan Kai Hee, Saudara Dinsman, Saudara Ahmad Termizi, Saudara Md Ridzuan dan Saudara Chan Yong Sin

 

Keratan Akhbar daripada Nan Yang Siang Pau

Keratan Akhbar daripada Nan Yang Siang Pau

 

Keratan akhbar daripada Sin Chew

Keratan akhbar daripada Sin Chew