Persembahan Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara Adaptasi Utih

POSTER ACARA

Pengarah Teater yang tidak asing lagi Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai Dinsman telah menampilkan teater terbaru selepas Teater Atas Pokok (TAP) yang menggunakan elemen alam semula jadi iaitu Pokok Angsana di Shah Alam. Persembahan teaternya kali ini meminjam elemen alam  semula jadi Sawah Padi dengan menggunakan Sajak Usman Awang yang sangat terkenal dan kerap dijadikan pilihan untuk pementasan teater iaitu sajak Uda & Dara.

Pementasan teater ini seolah-olah bergabung dengan alam apabila memilih Sawah Padi sebagai lokasi pementasan dan dipersembahkan pada malam hari bermula pada jam 8.45 malam bertempat di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor. Menampilakn pelakon-pelakon teater yang hebat seperti Fairul Pujangga, Intan Suraya, Hafidz Haikal, Ishak Yusof, Ayudez Fia, Yuzara Amrand dan Taufiqizmir. Penampilan khas pemuisi dari Indonesia saudara Ilhamdi Sulaiman yang memegang watak Utih. Juga penampilan pemuzik-pemuzik hebat yang menciptakan lagu persembahan iaitu Saidin Omar dan Sani Sudin.

Yayasan Usman Awang dan Kerajaan Negeri Selangor adalah penyumbang dalam menjayakan persembahan teater hebat ini yang telah berjaya menarik penonton yang sangat ramai. Tambahan pula faktor lokasi dan ruang yang luas untuk ramai orang boleh hadir menonton teater tersebut. Sepanjang dua hari persembahan teater tersebut iatu pada 12 & 13 Ogos 2017 (Sabtu & Ahad) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

 

GAMBAR SEPANJANG ACARA

 

 

Kelahiran buku Biografi Usman Awang – Seorang Penyair Sebuah Rusuh karya Sasterawan Negara Prof Muhammad Hj. Salleh

Buku asal adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 tetapi telah dipulangkan semula hakcipta kepada SN Prof. Muhammad Hj. Salleh. Buku tersebut telah dibuat penambahbaikkan dan diterbitkan semula. Telah mendapat tajaan percetakan daripada Kerajaan Johor Tenggara (KEJORA). Sekretariat Yayasan Usman Awang juga telah terlibat dalam membaca pruf manuskirp asal buku ini.

Biografi Usman Awang – Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh telah diluncurkan oleh Dr. Syed Husin Ali yang merupakan Pengerusi Yayasan Usman Awang di Damai Rasidin Villa, Sungai Besar pada 11 Ogos 2017 (Jumaat) bersempena dengan acara Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB).

Sesi menandatangi dan ucapan daripada SN Prof. Muhammad Hj. Salleh telah diadakan pada 12 Ogos 2017 (Sabtu) bertempat di Damai Rasidin Villa.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS

 

Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB)

Yayasan Usman Awang dengan kerjasama Ziarah Karyawan (ZK), Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dan Ikatan Penulis Kopi Satera (IKOSAS) telah menganjurkan acara Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang Sungai Besar (ZKMUASB) yang diadakan bertujuan mengenang dan menghargai jasa-jasa Usman Awang dalam memperjuangkan dan memartabatkan sastera dan perpaduan kaum sepanjang hayatnya dahulu.

Acara ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11 – 13 Ogos 2017 (Jumaat – Ahad) di Sungai Besar, Kuala Selangor, Selangor.

POSTER ACARA

Hari pertama acara telah diadakan di Damai Rasidin Villa yang juga menempatkan semua peserta dan pelakon yang terlibat dalam acara ini. Perasmian acara telah dirasmikan oleh Dr. Syed Husin Ali iatu Pengerusi Yayasan Usman Awang dan seterusnya meluncurkan Buku Biografi Usman Awang karya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh yang bertajuk Seorang Penyair Sebuah Benua Rusuh.

      

Acara pada malamnya adalah Persembahan Monolog (Nuyang Jaimie), Persembahan Teater (Dondang Azab) Panggung Tok Tan Riau (Pekan Baru).

POSTER ACARA

Hari kedua telah diadakan beberapa acara menarik seperti Apresiasi Monolog Nuyang Jaimee dan Apresiasi Teater “Dondang Azab” Panggung Tok Tan Riau, Peluncuran pelbagai buku Antologi Puisi, Kumpulan Puisi dan Novel yang telah diluncurkan oleh Dato’ Nasaruddin Hashim yang merupakan Penaung Ziarah Karyawan. Penyerahan Antologi Simfoni Gagak Rimba kepada Cakra Budaya Indonesia (CBI), Sayembara Deklamasi Sajak Terbuka Kebangsaan diikuti majlis penyampaian hadiah sayembara.

Aktiviti di sebelah petang adalah sesi menandatangani buku Biografi Usman Awang dan ucapan daripada Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh.

Sebelah malam diadakan persembahan Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara Adaptasi Utih. Persembahan teater ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 12 & 13 Ogos 2017 (Sabtu & Ahad) bertempat di Parit Dua Barat, Sungai Besar, Selangor bermula pada jam 8.45 malam. Teater ini telah diadakan di tengah-tengah sawah padi.  

POSTER ACARA

Hari terakhir acara pada hari Ahad majlis penutup telah dibuat di Damai Rasidin Villa oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadli merangkap Pengerusi Institut Darul Ehsan.