Program Pertemuan Integrasi Usman Awang

Poster Program Pertemuan Integrasi Usman Awang

Poster Program Pertemuan Integrasi Usman Awang

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran integrasi khasnya di kalangan penulis, seniman, budayawan dan juga khusus kepada kepelbagaian kaum di Malaysia. Perpaduan kaum dapat dipupuk dengan mengadakan aktiviti seumpama ini kerana dengan adanya program integrasi sebegini ianya akan melibatkan penyertaan pelbagai kaum. Jiwa dan semangat integrasi dapat disemai dengan baik.

Program Pertemuan Integrasi Usman Awang ini adalah anjuran bersama Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA), Xin Art Space, Persatuan Sejarah Kuala Kubu (PESKUBU), Kelab Belia AKtif Hulu Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan PKM Adun Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran media pada 20 – 21hb Mei 2017 untuk membuat liputan amatlah dialu-alukan. Tempat penginapan disediakan.

 

Akan diadakan Malam Persembahan Puisi pada 20hb Mei 2017

Akan diadakan Malam Persembahan Puisi pada 20hb Mei 2017

 

Pameran Kaligrafi Puisi akan diadakan selama seminggu bermula dari 20 Mei 2017 - 27 Mei 2017 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu

Pameran Kaligrafi Puisi akan diadakan selama seminggu bermula dari 20 Mei 2017 – 27 Mei 2017 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu

 

Atur cara Program

20hb Mei 2017

10.00 pagi — Pertandingan Kaligrafi Cina
(Murid-murid diminta menulis puisi- puisi Melayu yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina. PIC: Belia Aktif)

11.30 pagi — Perasmian Pameran Kaligrafi Puisi
(72 Puisi Melayu yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina dan ditulis dalam bentuk kaligrafi Cina. Tetamu kehormat: Pn YDP MDHS)

2.30 petang — Perasmian Seminar Penulis Pelbagai Kaum
(40 penulis pelbagai kaum dari Malaysia akan berada di Rumah Minangkabau. Tetamu kehormat: SN A. Samad Said)

8.30 malam — Malam Persembahan Puisi di Galeri Seni KKB
(Bacaan Puisi oleh Pelbagai kaum, Antares Maitreya mempersembahkan light music dan pengkisahan oleh Batin Orang Asli)

21hb Mei 2017

9.00 Pagi — Seminar Penulis Pelbagai Kaum bahagian II di Rumah Minangkabau.

11.45 Pagi — Pelancuran Buku “Asik” dan Buku “Tarikh Kuala Kubu 1780-1931”
(Tetamu Kehormat: Pengerusi PAKSI Saudara Dinsman)

27hb Mei 2017

5.00 petang — Acara Penutupan Kaligrafi Puisi

Sidang Media Program Integrasi Usman Awang

Sidang Media telah diadakan untuk menguar-uarkan mengenai program ini. Ianya telah dihadiri oleh penganjur bersama yang terdiri daripada Sekretariat Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) iaitu wakil dari Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), Xin Art Space dan Persatuan Sejarah Kuala Kubu (PESKUBU). Wakil dari YUA – Saudara Tan Kai Hee dan Saudari Chew Hoong Ling yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat YUA, Wakil dari Huazong Saudara Chin Yew Sin (Timbalan Ketua Setiausaha Huazong, wakil dari Paksi saudara Dinsman, wakil dari XIn Art Space saudara Chan Yong Sin dan wakil dari PESKUBU – Saudara Ahmad Termizi dan Saudara Md Redzuan.

gambar 1

Berdiri dari kiri: Saudari Chew Hoong ling, Sadara Chin Yew Sin, Saudara Tan Kai Hee, Saudara Dinsman, Saudara Ahmad Termizi, Saudara Md Ridzuan dan Saudara Chan Yong Sin

Berdiri dari kiri: Saudari Chew Hoong ling, Sadara Chin Yew Sin, Saudara Tan Kai Hee, Saudara Dinsman, Saudara Ahmad Termizi, Saudara Md Ridzuan dan Saudara Chan Yong Sin

 

Keratan Akhbar daripada Nan Yang Siang Pau

Keratan Akhbar daripada Nan Yang Siang Pau

 

Keratan akhbar daripada Sin Chew

Keratan akhbar daripada Sin Chew

 

Baca Puisi Atas Bumbung IDE sempena Hari Puisi Sedunia 2017

POSTER ACARA

Hari Puisi Sedunia akan disambut dengan meriahnya setiap tahun pada 21 mac 2017 di seluruh dunia. Hari Puisi Sedunia disahkan oleh UNESCO pada bulan November 1999. Tujuan diwujudkan hari puisi sedunia ini agar setiap manusia dapat mengapresiasikan serta mendukung puisi dan para pengkaryanya. Mereka percaya bahwa puisi memiliki peranan penting dalam sejarah, seni dan budaya masyarakat di zaman dahulu hingga kini.

Oleh kerana itu Yayasan Usman Awang dengan kerjasama Ziarah Karyawan dan Paksi Seniman Rakyat telah menganjurkan Acara  Baca Puisi Atas Bumbung IDE yang bertempat di Institut Darul Ehsan, Shah Alam. Acara ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24 – 25 Mac 2017 (Jumaat & Sabtu).

Hari pertama dimulakan dengan Ucaptama daripada SN Prof. Muhammad Haji Salleh yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang. Acara diteruskan dengan Forum Bicara Mengenang Usman Awang di mana ahli panelnya terdiri daripada mereka yang rapat dengan Usman Awang seperti Dr Syed Husin Ali yang merupakan Pengerusi Yayasan Usman Awang, Saudari Haslina Usman adalah waris Usman Awang, Saudara Suratman Markasan dan Saudara Yassin Salleh.

Pada malamnya majlis diserikan dengan keindahan puisi-puisi yang disampaikan oleh Sasterawan Negara seperti Datuk A. Samad Said, Prof Muhammad Hj. Salleh dan Datuk Dr. Zurinah Hassan. Deklamasi sajak oleh Dr. Syed Husin Ali, YM Raja Ahmad Aminullah, Saudara Dinsman yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang, peserta-peserta dari luar negara, PAKSI dan Ziarah Karyawan.

Hari kedua acara diteruskan dengan Seminar yang bertajuk Nasib dan Masa Depan Puisi Nusantara. Moderator adalah Dinsman dan ahli panel seperti Saudara Eunos Asah (Singapura), Saudara Syarifudin Arifin Dua (Indonesia) dan Prof Dr. Siti Zainon Ismail yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG

UCAPTAMA: SN Prof. Muhammad Haji Salleh 

 

Persembahan bacaan Puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said


Seminar bertajuk “Nasib dan masa depan puisi nusantara” yang diadakan pada hari kedua acara.