Sidang Media Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017 yang kedua

Sidang media mengenai AINUA 2017 yang kedua telah diadakan untuk menghebahkan berkenaan dengan Majlis AINUA 2017 yang akan diadakan di Dewan Bankuet Kelab Diraja Tasik Perdana Kuala Lumpur pada 26 Mac 2017 (Ahad) pada jam 11.45 pagi. Sidang media tersebut telah diadakan pada 23 Mac 2017 pada jam 11.00 pagi di tingkat 2, My Star Tea City, Bangunan Sun Complex, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sekretariat AINUA adalah gabungan dua pertubuhan iaitu Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazhong).

IMG-20170403-WA0005

Sekretariat AINUA yang hadir berdiri dari kiri  Saudara Tony Woong Chon Choy (Sekretariat Huazhong), Saudari Chew Hoong Ling (Ahli Lembaga Penasihat YUA), Datin Sunita (Ahli Lembaga Amanah YUA), Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA), Saudara Tan Kai Hee (Ahli Lembaga Penasihat YUA), Datuk Dr. Chin Yew Sin (Timbalan Setiausaha Agung Kehormat Huazhong dan Saudari Haslina Usman (Waris Usman Awang).

Sebahagian Media yang hadir (Keratan akhbar)

Utusan Malaysia

UTUSAN MALAYSIA

Sin Chew Daily

SIN CHEW DAILY

Kwang Hwa

KWANG HWA

China Press

CHINA PRESS

 

Sekitar Majlis Sidang Media AINUA 2017

Hebahan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017

Sekretariat YUA telah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang terletak di Jalan Duta dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membuat hebahan berkenaan dengan Majlis Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017. Surat kebenaran dan Poster AINUA telah diserahkan kepada pihak yang terlibat. kehadiran sekretariat telah disambut dengan baik.

Sekretariat juga telah menghantar surat kebenaran dan poster kepada 240 NGO dan juga semua ROS di Semenanjung Malaysia melaui pos.

 

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. (ROS)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. (ROS)

Kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf

Yayasan Usman Awang (YUA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf. Kujungan hormat ini adalah bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan majlis  Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2017 (AINUA) yang kali kedua dianjurkan oleh YUA dan Huazhong dan juga mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Wakil daripada YUA iaitu Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA) dan Cik Nashimah binti Basri (Sekretariat YUA) wakil dari Huazong adalah Dato Michelle Soon. Puan Haslina Usman mewakili waris Usman Awang.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Kumpulan Media Karangkraf. Terima kasih diucapkan kepada kedua-duanya kerana menerima kehadiran Sekretariat AINUA 2017 dengan mesra dan penuh muhibbah.

Kunjungan hormat ke Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah diadakan pada 28 November 2016 (Isnin) pada jam 2.00 petang dan Kumpulan Media Karangkraf adalah pada 10 Januari 2017 (Selasa) pada jam 11.00 pagi.

 

SINAR HARIAN ONLINE

Berdiri dari kiri Encik Hashim bin Anang (Ketua Pengurus Korporat Karangkraf), Cik Nashimah binti Basri (Sekretariat YUA), Puan Haslina Usman (Waris Usman Awang), Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), Dr. Syed Husin bin Ali (Pengerusi YUA),, Dato' Michelle Soon (Wakil Huazhong) dan Datuk Abdul Jalil bin Ali (Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian)

Berdiri dari kiri Encik Hashim bin Anang (Ketua Pengurus Korporat Karangkraf), Cik Nashimah binti Basri (Sekretariat YUA), Puan Haslina Usman (Waris Usman Awang), Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), Dr. Syed Husin bin Ali (Pengerusi YUA),, Dato’ Michelle Soon (Wakil Huazhong) dan Datuk Abdul Jalil bin Ali (Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian)

KERATAN AKHBAR UTUSAN MELAYU 

Berdiri dari kiri Datuk Othman bin Mohamad (Timbalan Ketua Pengarang), Cik Nashimah Basri (Sekretariat YUA), Haslina Usman (waris Usman Awang), Dato' Michelle Soon (wakil Huazhong), Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA), Datuk Aziz bin Ishak (ketua Pengarang Kumpulan Utusan), Datuk Zulkefli bin Hamzah (Pengarang) dan Jamal bin Ahmed (Pengurus Besar Komunikasi Korporat)

Berdiri dari kiri Datuk Othman bin Mohamad (Timbalan Ketua Pengarang), Cik Nashimah Basri (Sekretariat YUA), Haslina Usman (waris Usman Awang), Dato’ Michelle Soon (wakil Huazhong), Dr. Syed Husin Ali (Pengerusi YUA), Datuk Aziz bin Ishak (ketua Pengarang Kumpulan Utusan), Datuk Zulkefli bin Hamzah (Pengarang) dan Jamal bin Ahmed (Pengurus Besar Komunikasi Korporat)