Pencalonan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017 telah dibuka

Objektif AINUA 2017

Tujuan utama program penganjuran AINUA ini untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka yang berusaha dan berjasa dalam mengeratkan persahabatan kaum demi perpaduan dan integrasi nasional.

Anugerah ini adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia seperti berikut:

  1. Individu atau
  2. Badan bukan kerajaan atau Organisasi lain yang berdaftar denganĀ pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

Dengan penganugerahan ini, diharap semangat Usman Awang mengenai integrasi nasional dapat dipupuk dan keharmonian serta perpaduan kaum dapat diperkasa.

Objektif Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang:

  1. Untuk memberi sanjungan dan penghargaan kepada perseorangan (individu) dan badan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang telah menyumbang jasa dalam perpaduan dan integrasi nasional.
  2. Menggalakkan lebih ramai orang dan juga badan bukan kerajaan dan lain-lain organisasi yang untuk menyumbang jasa bagi memperkasa perpaduan dan integrasi negara.
  3. Memupuk semangat perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat Malaysia

Penganjuran

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang 2017 ini merupakan aktiviti usaha sama diantara Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) serta merupakan tahun kedua penganjuran aktiviti ini. Anugerah ini terbuka kepada semua individu ataupun pertubuhan/organisasi/badan bukan kerajaan yang difikirkan telah memberi sumbangan yang berterusan ke atas masyarakat serta meninggalkan impak yang besar dan berkesan.

 

Poster Bahasa Melayu

Poster Bahasa Melayu

 

Poster Bahasa Cina

Poster Bahasa Cina

 

Borang Pencalonan dan Syarat Pencalonan boleh diperolehi melalui pautan di bawah:-

https://dochub.com/yayasanusmanawang/LRlKb3/borang-pencalonan-anugerah-integrasi-nasional-usman-awang-2017?dt=99xr7n2j3z94d2lo

https://dochub.com/yayasanusmanawang/vDM53O/syarat-pencalonan-ainua-2017?dt=3346lgd6phesg30u

 

 

Sidang Media Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017

Suatu sidang media telah diadakan untuk memaklumkan pencalonan AINUA telah dibuka. Sidang media tersebut telah diadakan pada 16 November 2016 pada jam 11.30 pagi di tingkat 6, Bilik Mesyuarat Hai-O. Sekretariat AINUA adalah gabunganĀ dua pertubuhan iaitu Yayasan Usman Awang (YUA) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazhong). Sekretariat AINUA yang hadir; Dr. Syed Husin Ali, saudara Tan Kai Hee, Saudari Haslina Usman – (YUA), Saudari Michelle Soon dan saudara Tony Woong Chon Choy. (Huazhong).

Sekretariat AINUA 2017 Dari kiri saudari Haslina Usman Awang, Saudara Tan Kai Hee, Saudara Syed Husin Ali, Saudari Michelle Soon dan Saudara Tony Wong Choon Choy

Sekretariat AINUA 2017
Dari kiri saudari Haslina Usman Awang, Saudara Tan Kai Hee, Saudara Syed Husin Ali, Saudari Michelle Soon dan Saudara Tony Wong Choon Choy

sebahagian media yang hadir

China Press

China Press

 

Sin Chew

Sin Chew

 

Nanyang Siang Pau

Nanyang Siang Pau

saudara tan kai hee

Sekitar Majlis Sidang Media yang dijalankan

 

 

 

Jamuan Raya YUA 2016

Jamuan raya YUA telah diadakan pada 25 Julai 2016, Isnin di Tingkat 6, Pejabat Hai-O. Beberapa Ahli Lembaga Penasihat telah menghadiri jamuan raya tersebut. Selepas jamuan raya diteruskan pula dengan Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat 2/2016 di Bilik Mesyuarat Hai-O.